Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia banyak membeli barang secara dalam talian. Oleh itu, syarikat penghantaran tidak menang tangan dan berusaha sehabis baik untuk menghantar barang dipesan oleh anda.

Berikutan itu, Pos Laju Malaysia ingin tawarkan pekerjaan kepada mereka yang hilang pekerjaan atau ingin tambahkan pendapatan sebagai ‘pos rider’ atau ejen sepenuh masa untuk serahan item Pos Laju di seluruh negara dengan menawarkan komisyen sehingga RM6,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin memohon pekerjaan ini, anda haruslah warganegara Malaysia, berusia 18 tahun ke atas dan juga perlu mempunyai van (komersial) berpanel penuh atas nama sendiri ataupun syarikat anda.

Selain itu, pemohon juga perlu memiliki lesen memandu penuh GDL dan telefon pintar. Walau bagaimanapun, peluang ini terbuka kepada mereka yang berada di kawasan-kawasan seperti yang disenaraikan dalam iklan. Anda yang berminat boleh menghantar permohonan menerusi emel [email protected].

Ramai yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui rintihan peniaga yang terkesan akibat PKP.

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

AirAsia Tawar Bantu Peniaga Tempatan Sediakan Platform Dalam Talian Secara Percuma

iflix Sedia Lepaskan Pekerja Untuk Kurangkan Kos Operasi Berikutan COVID-19