Walaupun sudah masuk pertengahan tahun 2022, nampaknya masalah penunggang motosikal menggunakan lorong Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi ada.

Baru-baru ini, seorang pengguna lorong Touch ‘n Go didakwa telah dimarahi oleh penunggang motosikal yang menunggunya membuka palang tol untuk membolehkan dia keluar dari lorong tersebut.

Menurut perakam video itu, kejadian tersebut berlaku kepada dirinya pada awal pagi tadi. Terdapat dua orang penunggang motosikal sedang menunggu kenderaan di belakang menyentuh kad Touch ‘n Go untuk membuka palang lorong tersebut dan agak malang kerana ia merupakan gilirannya.

Dalam video itu, kelihatan pemandu perlahan-lahan menghampiri kedua-dua penunggang motosikal itu dan salah seorang penunggang motosikal sudah mula menyengetkan motosikal untuk keluar lorong tersebut melalui bawah palang.

Tidak semena-mena, penunggang motosikal itu menunding-nunding tangan ke arahnya meminta pemandu segera sentuh kad Touch ‘n Go untuk membuka palang lorong berkenaan.

Hantaran video itu telah menyebabkan warganet mengecam tindakan kedua-dua penunggang motosikal yang tidak menggunakan lorong motosikal yang telah disediakan khas untuk pengguna kenderaan beroda dua.

Tambah netizen lagi, oleh kerana segelintir penunggang motosikal seperti ini telah menyebabkan banyak kereta terlanggar palang yang tutup sewaktu mereka mahu keluar daripada lorong tersebut.

Jangan kerana sikap segelintir penunggang motosikal sebegini, akan menyebabkan ‘tol motosikal’ bakal wujud pada masa hadapan.

Lebih buruk lagi, ada pengguna tol terpaksa bayar sebanyak dua kali selepas motosikal keluar daripada lorong. Tonton video tersebut di pautan bawah.

Gara-Gara ‘Lepaskan’ Motosikal Tersangkut, Pemandu Ini Terpaksa Bayar Tol Dua Kali

Netizen Geram Lihat ‘Rider’ Menyelit Di Laluan Tol Sehingga Kereta Dihempap Palang

Kereta Langgar Palang Tol, Gara-Gara Motosikal Menyelit Di Laluan ‘SmartTag’