Umum tahu kini Malaysia berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam erti kata lain, orang ramai dinasihatkan untuk stay at home sekaligus membuatkan bilangan kenderaan di atas jalan raya menjadi rendah.

Di sebalik jumlah bilangan kereta yang rendah, siapa sangka kemalangan masih mampu berlaku dimana pada kali ini menyaksikan sebuah Lamborghini Huracan telah melanggar sebuah Perodua Viva. Pelanggaran yang berlaku nyata memberi kesan yang serius buat Perodua Viva namun tidak bagi Lamborghini Huracan ini.

Walau bagaimanapun, di sebalik insiden yang berlaku, orang ramai nyata lebih berminat dengan tindakan yang dilakukan oleh pemilik Lamborghini ini.

Berbekalkan sifat tanggungjawab yang tinggi serta mengetahui kesukaran untuk membaiki kereta pada waktu PKP sedang berlangsung, pemilik Lamborghini ini telah menggantikan pemilik Perodua Viva yang merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga anak dengan sebuah Perodua Myvi.

Tindakan yang dibuat berjaya membuatkan para netizen teruja mengetahui situasi seperti ini jarang-jarang berlaku. Anda boleh tonton video di bawah untuk menonton insiden yang berlaku melibatkan Lamborghini Huracan dan Perodua Viva.

Ketahui lima tip asas penjagaan kereta sempena musim PKP berlangsung. Turut dikongsikan, Lamborghini kini turut menghasilkan face mask dalam usaha menangani COVID-19 di Itali.

5 Tip Asas Penjagaan Kereta Sempena Musim PKP

Lamborghini Hasilkan ‘Face Mask’ Untuk Tangani COVID-19 Di Itali