Di saat orang ramai terkesan dengan pandemik COVID-19 baik dari segi kesihatan mahupun kewangan, masih terdapat individu yang cuba mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

Semuanya bermula apabila seorang lelaki di Florida bernama David Hines yang telah memohon pinjaman daripada bank sebanyak $3.9 juta (RM16.57 juta) berikutan bisnes beliau yang dikatakan ‘terkesan’ dengan pandemik COVID-19.

download
Sumber: los angelas times

Pinjaman skala besar yang dibuat nampaknya telah mendapat persetujuan pihak bank sekaligus dikreditkan ke akaun syarikat beliau dimana dana ini sepatutnya diagihkan kepada para pekerjanya.

Walau bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila beliau dikatakan putih mata dengan dana yang besar diterima sekaligus membelanjakannya dengan membeli Lamborghini Huracan bernilai $318,000 (RM1,35 juta). Selain itu, beliau juga turut menggunakan dana yang diterima pada laman pencarian jodoh.

200728144843-david-hines-car-super-tease
Sumber: CNN

Aktiviti beliau nampaknya telah dihidu oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas dituduh bersalah membuat laporan palsu dalam memohon dana bantuan COVID-19.

Apa yang lebih mengejutkan, beliau dilaporkan telah memohon dana sebanyak $13.5 juta (RM57.36 juta) pada awalnya namun cuma menerima dana sebanyak $3.9 juta (RM16.57). Berdasarkan ulasan peguam kepada David Hines, beliau dikatakan masih belum bersedia untuk menceritakan pilihan yang dibuat dan bakal berkongsi apabila tiba masanya.

Lihat juga kemahiran sebuah bengkel di Johor yang menawarkan perkhidmatan pemasangan car seat istimewa buat golongan OKU.

Pasang ‘Car Seat’ Istimewa Untuk Mudahkan OKU, Bengkel Di Johor Ini Tarik Perhatian Netizen

Bagaimana Jenama Lamborghini Lahir Selepas Dihina Oleh Enzo Ferrari?