Lamborghini tidak mahu ketinggalan di belakang Bugatti dan Porsche dalam Geneva Motor Show. 2016 merupakan ulang tahun ke-100 pengasas Lamborghini, Ferruccio Lamborghini. Tiada yang lebih baik untuk menyambut ulang tahun Ferruccio selain menghasilkan kereta yang lebih awesome dari model yang sebelumnya. Lamborghini hadir dengan model terbaru dikenali sebagai ‘Centenario’.

Model Centenario ini memiliki kuasa 770hp dan mampu bergerak dari 0-100km/h dalam masa 2.8 saat sahaja. Top speed untuk kereta ini pula adalah 350km/j. Badan kereta ini diperbuat dari carbon fiber sepenuhnya dan ianya 50kg lebih ringan dari model Aventador.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model ini terhad kepada 40 unit; 20 unit Coupe dan 20 unit Roadsters dan berharga USD1.9 juta (RM7.86 juta). Menariknya, kereta ini semuanya sudah habis terjual sebelum ianya dipamerkan di Geneva Motor Show. Pasti peminat tegar jenama kereta ini sudah awal-awal tempah setelah mengetahui Centenario ini terhad kepada 40 unit sahaja.

lamborghini-centenario-1

lamborghini-centenario-2

lamborghini-centenario-3

lamborghini-centenario-4

lamborghini-centenario-5

lamborghini-centenario-9

Sumber