Bagi meraikan ulang tahun ke-50 model terkenal Lamborghini ‘Miura’, Lamborghini mengeluarkan edisi khas Aventador Miura Homage ini tribute buat Miura.

1966 Lamborghini Miura
1966 Lamborghini Miura

Aventador Miura Homage ini hanya akan dihasilkan sebanyak 50 buah dan akan didatangkan dengan 3 warna original Miura iaitu Rosso Arancio Miura, Verde Scandal dan Blu Tahiti. Setiap kereta itu nanti akan mempunyai nombor siri khas dan pembeli mempunyai pilihan untuk mendapatkan rim bewarna matte gold atau silver bergantung kepada minat pembeli.

Aventador Miura Homage ini kini sedang dipamerkan di Goodwood Festival Of Speed di West Sussex, England. Tiada pengubahsuaian dibuat di bahagian enjin dan Lamborghini mengekalkan enjin 700bhp 6.5-liter V12 untuk model Miura Homage yang seksi ini.

lamborghini-aventador-miura-homage-2

lamborghini-aventador-miura-homage-3

lamborghini-aventador-miura-homage-4

Sumber