Sebelum ini, tular di Twitter sebuah video yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan ‘jual beli’ dan secara tiba-tiba mengamuk apabila mengetahui urusan tersebut dirakam.

Video itu turut kedengaran individu berkenaan meninggikan suara dengan memarahi si perakam dan kemungkinan berlaku pertelingkahan pada malam tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi ciapan di Twitter yang telah dipadam, netizen mula berteka-teki dan memetik nama pelawak Lan Pet Pet merupakan individu yang berada di dalam kenderaan tersebut.

Oleh itu, Lan Pet Pet di Instagramnya mengatakan perkongsian tersebut berbaur fitnah. Menerusi perkongsian tersebut, Lan Pet Pet memaklumkan bakal mendapatkan nasihat daripada peguamnya sebelum beliau mengambil tindakan undang-undang.

Lantaran itu, Lan Pet Pet mengatakan akan memberikan keterangan berhubung penularan video tersebut kepada pihak media tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan pencerahan daripada Lan Pet Pet.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Tidak Sensitif Buat Konten, Tindakan YouTuber Mahu Kejar ‘Views’ Dikecam Netizen

Disarung Azizulhasni Dan Atlet Lain Di Olimpik, Netizen Mula Buru Kasut Bata Ini

Sedih Dengan Pemergian Siti Sarah, Siti Nurhaliza Sekadar Mampu Nyanyi 2 Baris ‘Aku Bidadari Syurgamu’

Sumber