Sikap prihatin dan suka membantu mangsa kemalangan oleh pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet akhirnya telah menjadi viral malah perkara itu dalam masa yang sama turut membuatkan dia malu kerana tidak mahu dianggap mahu menunjuk-nunjuk.

“Saya tidak tahu ada pihak merakam gambar saya ketika saya cuba membantu lelaki berkenaan dan saya hanya mengetahuinya apabila diberitahu oleh isteri. Saya jadi malu kerana tidak mahu disalah anggap cuba menunjuk-nunjuk tetapi gambar itu pun sudah tersebar luas”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya tidak boleh buat apa-apa. Semasa saya lihat dia dilanggar tiada siapa datang membantu dan dia cuba mengesot ke bahagian tepi jalan. Saya tidak sampai hati melihat keadaannya dan terus meluru keluar untuk membantu mengangkatnya sebelum ada pihak lain datang memberi pertolongan,” katanya.

Menurut Lan, apa yang dilakukannya adalah mengikut pesan daripada arwah bapanya yang sering berpesan agar menjadi seorang manusia yang mampi memberi manfaat kepada orang lain. Semoga rezeki Lan dan urusan Lan Pet Pet sentiasa dipermudahkan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber