Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Thailand bakal melancarkan pelan ‘Phuket Sandbox’ dimana membenarkan pengunjung dari negara-negara terpilih untuk ke Thailand melalui Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin.

Sebanyak 66 buah negara yang layak terlibat dalam pelan tersebut dan permohanan sudah boleh dilakukan sejak 28 Jun 2021. Malangnya, Malaysia tidak tersenarai dalam 66 buah negara yang layak untuk masuk ke Thailand mulai 1 Julai ini.

LshQv7cjcBFTpx9NBKKM

Difahamkan, senarai tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan situasi COVID-19 di sesuatu negara itu. Pelan ini bertujuan untuk menyemarakkan kembali industri pelancongan di Thailand.

Untuk pengetahuan anda, pengunjung yang sudah divaksinasi tidak perlu kuarantin tetapi perlu tinggal di Phuket selama 14 hari sebelum dibenarkan ke wilayah lain di Thailand.

Manakala bagi pengunjung yang tidak divaksin perlu menjalani kuarantin terlebih dahulu. Malah, para pengunjung dikehendaki membawa bukti sudah divaksinasi, membuat ujian RT-PCR sebelum dan semasa berada di Thailand serta memohon surat perakuan kemasukan daripada kedutaan Thailand.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Thailand pada pautan di bawah ini.

Ibarat ‘Ghost Town’, Keadaan Pasar Chatuchak Di Thailand Dilaporkan Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung

Mahu Luaskan Penggunaan, Thailand Mahu Sertakan Ganja Dalam Makanan Dan Kosmetik

Thailand Bercadang Mahu Buka Pintu Sempadan Sepenuhnya Dalam Tempoh 120 Hari Sahaja Lagi

Anda Mungkin Suka