Menyebut tentang Land Rover pasti ramai yang membayangkan model-model kereta keluaran syarikat ini yang ditawarkan dengan ketahanan dan gayanya yang lasak. Membawakan gaya yang hampir sama, Land Rover baru-baru ini telah melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu Land Rover Explore.

Melalui model ini, Land Rover mengesahkan Land Rover Explore merupakan smartphone paling tahan di dunia pengguna boleh dapatkan. Pihak Land Rover turut membawakan trademark gril kereta mereka untuk diterjemahkan kepada bahagian hadapan Land Rover Explore.

land-rover-explore-worlds-toughest-phone-01

land-rover-explore-worlds-toughest-phone-5

land-rover-explore-worlds-toughest-phone-4

Dari segi spesifikasi Land Rover Explore dikuasakan oleh processor MTK Helio X27, RAM 4GB serta 64GB ruang storan. Berbekalkan bateri 4000mAh, pengguna berpeluang mendapat dua hari penggunaan melalui satu pengecasan penuh.

Land Rover Explore bakal mula ditawarkan di pasaran April ini dimana harga penawaran bakal bermula sekitar $800 (~RM3128.72). Sebuah harga yang premium untuk sebuah smartphone khusus buat mereka yang sedang mencari smartphone yang tahan lasak serta mampu menahan suhu yang sejuk.

Sumber