Sekiranya anda aktif dalam mengumpul kereta daripada jenama Hotwheels, pastinya anda cukup tahu di mana jenama yang kerap menghasilkan kereta dengan nisbah 1:64 ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Malah, tidak mengejutkan terdapat peminat yang terdiri daripada golongan dewasa yang sanggup bersusah payah dalam mendapatkan model idaman daripada jenama ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, menerusi acara Mega Havoc yang berlangsung, Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Za­­wawi turut hadir ke acara tersebut serta dijemput untuk mempamerkan model Hotwheels yang menjadi rebutan ramai ini.

Menariknya menerusi perkongsian TikTok @nazimbadruddin, model rare ini sedia ditawarkan secara bidaan dengan harga permulaan serendah RM5 sahaja. Walau bagaimanapun, kereta yang menjadi rebutan ini telah menerima pelbagai bidaan serta meraih bidaan tertinggi mencecah RM1,600.

@nazimbadruddin

Bidaan kereta Hot Wheels. Tq YB Hamlau datang support event Mega Havoc

♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Kehadiran Lando pada acara tersebut berjaya merancakkan suasana sekaligus mengundang pelbagai respon di kalangan netizen yang menerusi ruangan komen.

Namun rata-ratanya seolah kurang bersetuju dengan harga bidaan yang mencecah ribuan ringgit ini memandangkan tidak mengetahui model yang ditawarkan.

Sumber: TikTok @nazimbadruddin
Sumber: TikTok @nazimbadruddin

Selain itu, terdapat juga netizen yang mendakwa aktiviti yang dilakukan ini hanyalah bersama collector sebagai cara untuk menaikkan lagi nilai model tersebut.

Walau bagaimanapun, pemilik akaun TikTok ini turut tampil dengan sebuah lagi video dalam memaparkan model yang disebutkan serta harga semasa model ini menerusi laman eBay.

@nazimbadruddin

Replying to @safwan_azmi97 kena banyak belajar lagi pasal barang collector

♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat

Walau bagaimanapun, pemilik akaun TikTok ini turut tampil dengan sebuah lagi video dalam memaparkan model yang disebutkan serta harga semasa model ini menerusi laman eBay.

Berdasarkan perkongsian, dapat dilihat model ini telah sedia ditawarkan pada laman eBay dengan harga mencecah sekali ganda daripada harga bidaan iaitu sekitar RM3,552.

Pemilik akaun TikTok ini turut memaklumkan mendapatkan model rare yang hanya terdapat 3,000 unit dalam dunia pada harga RM1,600 sebagai jackpot atau pembelian yang berbaloi.