Setiap pemandu perlu sentiasa dalam keadaan fokus apabila tangan sudah memegang stereng kerana dalam keadaan kereta bergerak perlahan pun, masih ada pemandu yang terleka sehingga menyebabkan kemalangan.

Baru-baru ini seorang pemandu Myvi berkongsi satu rakaman video di mana ada seorang lelaki warga asing yang memandu Toyota Hilux telah melanggar bahagian belakangnya sehingga rosak kemik.

Baca Juga:

Pada bahagian awal dalam video berdurasi 1 minit sewaktu semua kenderaan bergerak perlahan, tiba-tiba datang sebuah Toyota Hilux di belakangnya melanggar kereta terbabit dan pemandu trak pikap itu terus turun daripada kenderaannya untuk melihat kesan pelanggaran tersebut.

“Lelaki ini kata RM50 sudah cukup untuk baiki kerosakan kereta saya,” kata pemilik Myvi yang memuat naik video berkenaan.

Netizen berasa berang apabila mengetahui jumlah ‘ganti rugi’ yang warga asing ingin bayar itu tidak masuk akal. Ada pemilik Myvi lain mendakwa, dia pernah membayar ratusan ringgit untuk kos baik pulih kerosakan seperti itu.

Orang ramai turut meminta pemilik Myvi putih itu berbincang dengan workshop mengenai kos baik pulih keretanya.

“Saya sudah call workshop, mereka kata RM350. Tapi lelaki warga asing itu tiada duit, cuma ada RM100 sahaja,” kata pemandu Myvi putih dengan hampa.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Orang ramai turut menyarankan agar mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan untuk menyelesaikan perkara berkenaan melalui saluran yang betul, bukan ‘deal tepi’ supaya tiada unsur-unsur penipuan berlaku di antara pihak terbabit.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.