Baru-baru ini tular gambar seorang wanita memakai gelang kuarantin di kedai makan membuatkan ramai orang berasa bimbang akan penularan wabak pandemik COVID-19.

Menerusi laporan Sinar Harian, wanita yang berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai 2020.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan wanita itu disahkan positif COVID-19 selepas melakukan ujian kali kedua dan telah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu. Difahamkan, gambar wanita itu yang viral di media sosial merupakan gambar di sebuah kafe pada 6 Julai 2020 dan bukannya gambar baharu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz telah mengesahkan perkara itu setelah siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malah, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud memaklumkan bahawa kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan pelanggaran SOP oleh wanita itu.

Tambahnya, orang awam dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan dan kes COVID-19 juga masih bertambah di negara ini.

Kami kongsikan artikel berkaitan penularan gambar wanita tersebut pada pautan di bawah ini. 

Keluar Makan Bersama Gelang Kuarantin, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Risau

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

‘Check-In’ Hotel, Ini Langkah Pencegahan COVID-19 Yang Perlu Anda Lakukan

Anda Mungkin Suka