Setiap pengguna jalan raya sedia maklum, kita perlu memperlahankan kenderaan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling apabila melalui kawasan persekolahan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan dengan pelajar sekolah.

Baru-baru ini tular satu rakaman video sebuah Perodua Ativa telah dibaling dengan kayu oleh seorang petugas RELA setelah pemandu terbabit memecut melanggar lampu isyarat merah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketika Ativa itu melalui kawasan persekolahan tersebut, lampu isyarat sudah bertukar menjadi warna merah. Bagaimanapun, pemandu tersebut tetap menekan pedal minyak untuk mengekori sebuah lori di hadapannya.

Oleh kerana ‘bengang’ dengan sikap pemandu tersebut, petugas RELA yang menjaga trafik di hadapan sekolah itu secara ‘automatik’ membaling kayu yang dipegangnya di hadapan Ativa terbabit. Bagaimanapun pemandu itu tetap meneruskan perjalanan dan tidak memberhentikan kenderaan.

Tindakan petugas RELA itu telah mendapat perhatian warganet, ramai yang menyokong dengan ‘amaran keras’ yang ditunjukkan oleh petugas itu kepada pemandu terbabit kerana tidak mengendahkan lampu isyarat di hadapan sekolah.

Pada masa yang ada juga netizen menyifatkan tindakan petugas RELA itu agak keterlaluan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada harta benda milik orang lain.

Sumber Gambar: Facebook Muhammad Taufiq
Sumber Gambar: Facebook Muhammad Taufiq
Sumber Gambar: Facebook Muhammad Taufiq
Sumber Gambar: Facebook Muhammad Taufiq
Sumber Gambar: Facebook Muhammad Taufiq
Sumber Gambar: Facebook Muhammad Taufiq
Sumber Gambar: Facebook Muhammad Taufiq

Semoga perkongsian video ini dapat menjadi iktibar kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, lebih-lebih lagi apabila berada di hadapan kawasan persekolahan.

Pada tahun lalu ada seorang petugas RELA telah dilanggar oleh sebuah BMW kerana enggan berhenti semasa berada di kawasan persekolahan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Kecam Tindakan Pemandu BMW Langgar ‘Abang RELA’ Di Hadapan Sekolah

Nahas Melibatkan Segerombolan Lembu Di Tengah-Tengah Lebuh Raya Cetus Pertikaian Ramai

Sumber