Sebelum ini tular rakaman ‘dashcam’ kereta yang terlibat dalam kemalangan dengan motosikal di Parit Buntar. Motosikal terbabit melanggar lampu isyarat lalu merempuh bahagian tepi kereta hingga mengakibatkan penunggangnya jatuh di atas jalan manakala pembonceng tercampak ke atas bonet kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 2.20 petang pada Ahad lalu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego ditunggangi seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama ibunya berusia 56 tahun.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1483811678055968768

Dua beranak yang menaiki motosikal itu dilaporkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan. Kejadian tersebut dipercayai berlaku disebabkan motosikal itu meluru laju hingga mengabaikan lampu isyarat merah kerana mengejar sebuah kenderaan lain yang dinaiki oleh teman lelaki bersama seorang wanita.

Menurutnya Superintendan Mazuki Mat, kemalangan itu berpunca daripada penunggang motosikal tersebut yang tidak mematuhi lampu isyarat merah lalu menyebabkan pelanggaran berlaku dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang jurutera berusia 27 tahun. Malah, kertas siasatan telah dibuka di bawah Rule 10 LN166/59.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

PLUS Aktifkan Semula Lorong SmartTAG Bagi Atasi Isu Di Plaza Tol

‘Belum Setahun Dah Rosak’- Netizen Kecewa Dan Mula Pertikai Kualiti Beg Keluaran dUCk

Tenang Dan Tidak Naik Angin, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Bantu Remaja Yang Rempuh Kakak Iparnya

Sumber