Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semasa lampu isyarat merah di kawasan yang mempunyai jalur lintasan pejalan kaki, semua pengendali apa jua jenis kenderaan perlu memberhentikan kenderaan untuk memberikan keutamaan kepada pejalan kaki melintas jalan tersebut.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman video di mana seorang pemandu Myvi kuning memecut walaupun lampu isyarat berwarna merah nampak dari jauh di satu kawasan yang mempunyai jalur lintasan pejalan kaki.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila pemandu itu nyaris merempuh seorang pelajar sekolah yang mahu melintas jalan tersebut. Selepas pelajar itu terselamat daripada dilanggar, dia segera berlari melintas sambil menoleh ke arah Myvi kuning itu beberapa kali, dipercayai terkejut dengan kejadian yang berlaku kepadanya.

Perkongsian video itu menjadi bualan netizen di pelbagai platform media sosial. Ramai mengecam pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pemandu Myvi kuning itu.

Antara kesalahan yang dilakukan pada waktu yang sama; melanggar lampu isyarat merah, hampir menyebabkan kemalangan melibatkan pelajar sekolah dan terus memandu meninggalkan kejadian walaupun lampu isyarat masih berwarna merah.

Menurut pemilik asal rakaman video yang tular itu, pemandu Myvi itu dilihat tidak menunjukkan sebarang reaksi bersalah selepas insiden tersebut berlaku.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owner Malaysia

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owner Malaysia

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owner Malaysia

Sumber Gambar: TikTok UtusanTVOfficial

Sumber Gambar: TikTok UtusanTVOfficial

Tambah orang ramai lagi, sebenarnya kes sebegini banyak berlaku di kawasan-kawasan persekolahan. Bagaimanapun, tidak mempunyai bukti rakaman dashcam seperti ini.

Daripada komen-komen dikongsikan oleh warganet, ada mendakwa kejadian tersebut berlaku di kawasan persekolahan sekitar Ampang.

Netizen meminta agar pihak berkuasa segera menahan pemandu Myvi tersebut untuk dikenakan tindakan tatatertib kerana melakukan pelbagai kesalahan, lebih-lebih lagi nyaris menyebabkan kecederaan kepada pejalan kaki.

Orang ramai juga berharap pihak berkuasa dapat mengesan sebuah lagi kenderaan 4×4 yang melanggar lampu merah sejurus kereta Myvi dan pelajar itu  meninggalkan tempat kejadian.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang pemandu dimarahi oleh lelaki yang terburu-buru mahu melintas jalan raya sesak. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tidak Sabar Ke Restoran Nasi Kandar, Kereta Berhenti Mengejut Untuk Beri Laluan Kepada Lelaki Ini

Pelik Tetapi Kelakar, Netizen Nobatkan Rakaman Kemalangan Kecil Ini Sebagai ‘Video Of The Year’

Dilihat Lebih Efektif, ‘Gambar Bergegar’ Kini Jadi Trend Untuk Jual Kereta