Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sudah menjadi tanggungjawab setiap individu yang menaiki kenderaan awam untuk mengikut peraturan yang ditetapkan dalam memastikan setiap perkara berjalan dengan lancar tanpa menggangu mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, meskipun sudah diletakkan amaran haiwan peliharaan tidak dibenarkan untuk dibawa menaiki kenderaan awam Electric Train Service (ETS) daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih terdapat individu yang memilih untuk membawa kucing bersama.

Tidak hanya membawa, individu ini seolah bangga dalam memuat naik video di TikTok @elizadianna dalam memaparkan perjalanan beliau bersama kucing kesayangannya.

Bukan itu sahaja, walaupun sudah ditegur seorang netizen, beliau mendakwa tidak tahu mempunyai peraturan haiwan peliharaan antara yang membuatkan beliau membawa kucing bersama.

Video yang dikongsikan dalam memaparkan telatah kucing bersama beliau dalam ETS telah mendapat perhatian netizen di mana rata-ratanya kurang senang dengan apa yang dilakukan beliau. Malah, ada yang berpendapat tindakan yang dilakukan seolah menjadi ‘pencetus’ kepada lebih ramai individu membawa haiwan peliharaan mereka sekiranya tidak dihalang.

Terdapat juga netizen yang berpendapat individu seperti ini wajar disaman dengan jumlah yang tinggi agar menjadi pengajaran kepada individu yang lain.

Meraih hampir setengah juta tontonan di TikTok, individu ini dilihat memilih untuk menghalang sebarang komen daripada netizen menerusi video yang dikongsikan.