Sebelum ini, penyanyi terkemuka Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk K telah menganjurkan majlis tahnik lalu menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

Rata-rata netizen mendakwa berlaku pelanggaran SOP dan beberapa individu terkemuka iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain. turut didakwa merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 berikutan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya.

Tambahnya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata polis merakam keterangan 15 individu termasuk orang kenamaan (VVIP) dan penceramah setakat 7 Mei.

Bagi anda yang terlepas isu pelanggaran SOP ini, anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ini Pencerahan Siti Nurhaliza Selepas Wujud Dakwaan Individu Ternama Rentas Negeri Untuk Majlis Tahnik

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Sumber