Sejak beberapa hari ini tular perkongsian video ragut yang dilaporkan berlaku di Eco Sanctuari, Telok Panglima Garang membabitkan seorang guru wanita berusia 51 tahun dan peragutnya yang menaiki motosikal serta menggunakan senjata.

Peragut yang berusia 25 tahun itu bagaimanapun dilaporkan telah berjaya ditahan pihak polis di Shah Alam pada sekitar jam 4 petang semalam seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
peragut
Tangkap layar video ragut yang tular sebelum ini.

Apa yang mencuri perhatian daripada kejadian ragut kali ini bagaimanapun bukanlah suspek berkenaan namun ianya adalah perkongsian daripada netizen mengenai kejadian tersebut seperti yang dibuat Sulaiman (bukan nama sebenar) di media sosial baru-baru ini.

Mengakui dirinya adalah ‘bekas pelaku’ kejadian yang hampir sama, berikut adalah nasihat pertama Sulaiman kepada mereka yang tanpa segan silu melakukan jenayah ragut di luar sana.

‘Langit tak selalu cerah’

2
Pesanan Sulaiman

Tidak perlu menunggu lama, kata-kata Sulaiman itu kemudiannya menjadi kenyataan apabila peragut berkenaan telah pun berjaya ditahan pihak polis tidak sampai 24 jam kemudian.

Bila sudah ditahan dan ditangkap pihak polis, nasihat seterusnya daripada Sulaiman ini mungkin boleh dijadikan panduan seterusnya kepada peragut berkenaan (atau peragut-peragut di luar sana yang masih bebas).

“Dekat luar, semua rasa hebat. Kau rasa kau lah ter-paling gengster, ter-paling kaki samun, ter-paling kaki ragut, kaki perempuan.

“Tapi kalau dekat dalam (penjara) ada checker ada ukp. Sorry brader. Itu jam tak ada kompromi. Makan nasi lembik dengan kuah sayur tawar,” kongsinya yang menjelaskan pernah melalui situasi sama sebelum ini.

Mengulas lanjut mengenai pengalamannya berada di ‘dalam’, Sulaiman memberitahu mereka yang melakukan jenayah ini juga akan melalui pelbagai kesukaran yang mungkin mengejutkan mereka.

Antaranya adalah perselisihan faham dengan tahanan-tahanan lain malah perkara kecil seperti makanan dan sebagainya.

4
Antara kesukaran yang bakal dihadapi.

Berdasarkan pengalamannya itu, Sulaiman kemudiannya mengingatkan kepada mereka yang masih melakukan perbuatan terkutuk itu agar bersedia dan mempunyai hati yang kering serta tidak bercakap besar.

Untuk menjadi seorang samseng jelasnya, mereka ini perlu bertanggungjawab atas tindakan dan perbuatan yang telah dilakukan dan bukannya menyusahkan orang lain seperti ibu bapa.

“Aku tiga kali kena pegang, kena sumbat. Aku telefon emak aku beritahu ‘Along kena pegang, kecil punya hal. Doakan Along tau‘.

“Tak ada aku suruh emak aku datang jamin, jual tanah itu ini. Aku hadap sendiri sampai sarjan tu gempam aku ‘berlayar lagi kau kali ini’,” kongsinya sambil berseloroh.

Dalam perkongsiannya itu, Sulaiman bukan sahaja menceritakan apa yang bakal berlaku kepada penjenayah, namun turut menasihatkan orang ramai di luar sana agar lebih bersedia sekaligus dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa.

“Sebab itu aku pesan dulu dalam beberapa ciapan aku. Jangan bawa wang tunai banyak-banyak. Guna kad debit atau kredit saja.

“Kalau bawa juga, jangan bawa banyak. Duit letak dalam poket,jangan letak dalam handbag, purse. Boleh jadi kerugian besar,” pesannya kepada netizen sebelum mengakhiri perkongsian tersebut.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai kejadian ragut yang berjaya diselamatkan seorang individu dan mencuri perhatian negara melalui pautan di bawah. 

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut

Hero Tahan Peragut Terima Hadiah Jam Tangan Ketika Sedang Jual Burger

Hero Tahan Peragut Ditawarkan Jawatan Tetap Oleh MBJB