Kesalahan kecil yang dilakukan oleh pekerja seperti datang lewat, gagal siapkan kerja atau ingkar arahan dipanggil minor misconduct. Sebagai majikan, pekerja yg berulang melakukan kesalahan kecil yang sama perlu dipanggil dan dinasihatkan melalui sesi yg dipanggil sesi kaunseling dan wajib direkodkan.

Apa Tujuan Maklumat Tersebut Direkodkan

1. Sebagai menunjukkan kita sebagai majikan serius dengan kesalahan berulang yg dilakukan.
2. Sebagai dokumen sokongan, sekiranya perlu kepada tindakan lanjut seperti surat amaran atau arahan pemecatan, dokumen ini akan jadi dokumen rujukan yang akan melindungi majikan sekiranya diperlukan oleh Pejabat Buruh atau Mahkamah Perusahaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa Maklumat Yang Perlu Direkodkan Dalam Borang Kaunseling

Sesi kaunseling tidak perlu dijalankan sebagaimana yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar, tetapi cukup dengan adanya pertemuan dengan disediakan satu borang yang merekodkan maklumat-maklumat berikut:

1. Apa jenis kesalahan yang dilakukan oleh pekerja itu?
2. Apa teguran yang diberikan kepada pekerja itu?
3. Tarikh dan masa sesi dijalankan.
4. Apakah langkah penambahbaikan yang perlu pekerja itu lakukan (sebaiknya staf tulis sendiri).
5. Peringatan atau pesanan dari majikan kepada pekerja.

Apa Perlu Buat Selepas Sesi Kaunseling

Dan diakhir sesi, kedua-dua pihak perlu menandatangani dokumen tersebut sebagai tanda memahami tujuan sesi dijalankan dan apa penambahbaikan yang perlu dijalankan oleh pekerja.

Sebagai majikan, jangan ingat kesalahan kecil yang berulang tak boleh menjadi isu besar. Perlu langkah pencegahan awal untuk elak masalah yang lebih besar di masa akan datang.