Para graduan mahupun pelajar universiti asyik bertanyakan soalan yang seakan-akan sama mengenai career path kepada saya. Baik di FB Messenger, Telegram dan LinkedIn.

Agak sukar juga untuk mengkhususkan masa secara khusus untuk setiap pertanyaan yang berulang-ulang kali dan sudah terhidang di wall saya. Jadi, saya akan cuba menjawab secara menyeluruh step by step apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang graduan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

P.S: Saya mempunyai latar belakang Kejuruteraan Mekanikal. Suka menyibuk dengan dunia minyak dan gas macam die hard fan kelab bola sepak Inggeris.

11 Langkah Memiliki Kerjaya Jurutera Minyak Dan Gas

1. Rujuk ‘career matrix’ saya yang telah saya kongsikan di wall tempoh hari (kena belek-belek sedikit). Ini bertujuan untuk memilih perjalanan kerjaya di masa hadapan. Awak akan bergelumang selama 4-8 tahun semasa di universiti kelak. Jadi pilihlah kursus yang sesuai dengan minat dan keputusan SPM yang cemerlang tersebut.

2. Daftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM) semasa di peringkat ijazah dan tukarkan kepada status graduate member sebelum menjadi seorang Jurutera. Menjadi kewajipan kepada siswazah untuk berdaftar dengan BEM sebelum melayakkan anda bergelar seorang JURUTERA. BEM boleh menyaman anda/syarikat jika tidak berdaftar dengan BEM.

3. Kenalpasti apakah itu bidang penerokaan (exploration), pembangunan (development) dan penghasilan (production) di dalam rantaian kerja dunia minyak dan gas. Rujuk posting saya di sini.

4. Get yourself familiar dengan syarikat yang terlibat di dalam industri. Ini boleh didapati di laman sesawang seperti:

4.1. Malaysia Petroleum Resource Corporation, MPRC. MPRC 100 boleh didapati di sini. Sebanyak 100 syarikat minyak dan gas utama di Malaysia ada di sini. Anda boleh mengenali ‘Who’s who’ di dalam industri.

4.2. Malaysian Oil & Gas Services Council, MOGSC. Senarai penuh syarikat yang berdaftar di Malaysia boleh didapati di sini.

4.3. Malaysian Oil & Gas Engineering Council, MOGEC. Senarai syarikat ‘design house’ dan ‘Consulting’ ada di sini.

5. Biasakan pengetahuan anda dengan membaca dan menonton perkara yang berkaitan dengan minyak dan gas. Antaranya adalah:

5.1. Majalah seperti Offshore Engineering, World Oil, Offshore, Hydrocarbon Processing, Mechanical Engineering Magazine (oleh ASME), Jurutera (oleh IEM) dan sebagainya. Rujuk di sini.

5.2. Subscribe saluran Youtube seperti Shell, Aker Solutions, Petronas, Subsea 7, Hereema, Maersk, Baker Hughes, SLB dan sebagainya. Di sana pelbagai jenis video untuk kejuruteraan yang menarik ditonton dan sudah semestinya berbaloi untuk setiap minit yang anda luangkan.

5.3. Gunakan sosial media seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, Oilpro, Rigzone serta banyak lagi untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Geology & Geophysics, Drilling & Completion, Production & Operations, Subsea, Flowlines & Pipelines, Topside dan juga Engineering, Procurement, Installation, Construction, Commissioning & Management.

6. Daftar akaun di LinkedIn untuk berhubung dengan ramai recruiter yang menggunakan Linkedin sebagai medium mencari calon pekerja.

7. Hadiri sebanyak mungkin pameran yang diadakan secara tahunan mahupun dwitahunan di KL Convention Centre seperti di sini. Selainnya tidak terhad kepada:

7.1. Offshore Technology Conference (OTC) (dwitahunan)
7.2. API Exhibition on International Standards, AXIS
7.3. Asian Oil & Gas Petrochemical Engineering Exhibition, OGA
7.4. Malaysia Oil & Gas Services Exhibition And Conference, MOGSEC
7.5. Subsea Asia
7.6. International Petroleum Technology Conference, IPTC

Disinilah terdapat banyak teknologi terkini dan projek World 1st. Projek World 1st merupakan kerja terulung yang ingin dilakarkan oleh setiap Supermajor mahupun ‘7 Sisters’.

8. Lubuk kerja industri juga boleh didapati di:

8.1. LinkedIn
8.2. JobStreet.com Malaysia
8.3. Rigzone.com
8.4. Oilpro.com

Anda boleh membuka akaun di sana dan mulakan pencarian anda dengan sesuatu kata kunci untuk memudahkan pencarian kerja yang anda minati masuk ke dalam alamat e-mail. Setiap laman sesawang syarikat MNC juga menawarkan khidmat sedemikian (email notification). Contohnya seperti:

a) Aker Solutions
b) Saudi Aramco
c) Shell
d) Baker Hughes
e) WorleyParsons
f) Bechtel Corporation
g) Hess

9. Sertai persatuan profesional untuk mendalami setiap ilmu disiplin yang ditawarkan oleh persatuan tersebut:

9.1. Board of Engineers Malaysia
9.2. Insitution of Engineers Malaysia, IEM
9.3. ASME (American Society of Mechanical Engineers)
9.4. Society of Petroleum Engineers
9.5. NACE International
9.6. IChemE (Institution of Chemical Engineers)
9.7. International Well Control Forum

10. Yang paling utama adalah KELAYAKAN yang anda miliki. Setakat sekarang sudah banyak lambakan pekerja yang menganggur di Malaysia. Lebih kurang 200,000 graduan yang masih belum bekerja. Malaysia juga masih kekurangan tenaga pakar (masalah lama seperti yang disuarakan oleh Pengarah Urusan Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE) seperti di sini. Jadi, apakah kriteria yang diperlukan?

10.1. CGPA yang baik
Mempunyai CGPA yang tinggi sudah semestinya melayakkan anda untuk menembusi syarikat-syarikat besar luar negara seperti Supermajors mahupun 7 Sisters. CGPA yang cemerlang (disebabkan tiada pengalaman kerja) adalah kunci untuk para fresh graduate kerana kurang perhatian akan diberikan dan boleh dipercayai berdasarkan rekod kecermerlangan di universiti.

Mereka flying colours ini mempunyai sifat dan sikap yang sejajar dengan objektif syarikat serta pick up yang pantas jika dibandingkan dengan pelajar biasa.Yang kurang bernasib baik (mempunyai gred yang sederhana atau rendah) masih boleh menyertai industri tetapi jalan anda tidaklah secantik perjalanan seorang jurutera di Petronas mahupun Shell yang telah disusunaturkan mengikut kesesuaian tahun pekerjaan.

Boleh rujuk artikel saya di The Vocket di sini

10.2. Aktif di dalam Kokurikulum
Industri memerlukan perseorangan yang mahir dalam soft skills. Jika di zaman universiti anda aktif dengan berpersatuan dan mengendalikan acara-acara yang besar maka berpeluang besarlah anda untuk dipilih berkerja di syarikat terbabit.

Berurusan dengan makhluk bernama manusia ini sangatlah kompleks! Jika anda berbakat dengan public relation yang bagus (boleh diasah semasa mengendalikan acara) maka senanglah segala urusan yang melibatkan manusia ini.

10.3. Pengalaman di dalam industri
Bakal majikan di industri minyak dan gas kebanyakkan memerlukan sedikit pengalaman (soalan klise – Bagaimana dengan kami yang ‘fresh graduate hendak ada pengalaman jika tidak diberikan peluang?).

Kenapa memerlukan pengalaman? Ini adalah kerana anda mengendalikan national interest! Tiada ruang untuk kesilapan atau bahasa mudahnya industri minyak dan gas ini mempunyai tempah kerja yang tough, fast pace environment, kualiti kerja yang tinggi, latihan yang berterusan dan berbeza dari industri lain.

Persoalannya, adakah anda sudah bersedia?

10.4. Latarbelakang diri
Hidup makan gaji ini bukan mudah. Segalanya memerlukan anda to be on your toes all the time! Jadi, apakah yang dititikberatkan untuk latarbelakang diri ini?

Adalah menjadi pilihan setiap majikan jika anda mempunyai sifat seperti, pendengar yang baik, kreatif, mudah menyesuaikan diri di tempat baru, semangat berpasukan, boleh diharapkan serta jujur dan self motivate.

Ada banyak lagi sifat-sifat mahmudah yang diperlukan, ini adalah antaranya.

10.5. Bahasa
Berkeupayaan bertutur di dalam bahasa Inggeris sangatlah memberikan peluang cerah kepada anda. Tidak ramai siswazah yang mempunyai kebolehan bertutur bahasa Inggeris dengan baik di tempat kerja. Saya sendiri pernah menyaksikan seorang kawan saya yang mempunyai pemikiran yang cemerlang tetapi kurang arif pertuturannya.

11. Curriculum Vitae, Resume dan Cover Letter

Ia perlu dibuat mengikut kehendak pasaran kerja dan senang dibaca berserta menepati kriteria para recruiter. Ini boleh dilakukan dengan jayanya melalui kelas yang dikendalikan oleh Ameirul Azraie dan Nor Idham Che Ghani (siswazah UTP mesti kenal)

P.S: Ini baru soalan nombor satu, belum lagi yang seterusnya. Boleh buat buku tak kalau macam ini?