Anak yang terlalu aktif atau hiperaktif ini kadangkala merisaukan juga terutama dengan keselamatannya. Sampai rasa perlu dipakaikan safety gear agar tidak luka atau cedera. Maklumlah ada tindakannya mungkin keterlaluan atau melampaui batas.

Jadi bagaimana ibu bapa boleh tangani keadaan anak yang begini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut 5 langkah untuk tangani anak yang hiperaktif.

Langkah 1

Berjumpa doktor untuk kenalpasti anak bukan mempunyai masalah ADHD. Ini kerana, jika positif didiagnos masalah ini, doktor akan preskripsikan ubat dan terapi cara kerja.

Jika anak telah dipastikan tidak menghadapi ADHD, ibu bapa boleh lakukan dengan cara lain.

Langkah 2

Tetapkan syarat yang jelas untuk anak hiperaktif, berserta akibat jika melanggar syarat tersebut dan beri anak ganjaran jika mengikutinya.

Terangkan pada anak bagaimana setiap tindakan yang dilakukannya boleh mempengaruhi persekitarannya. Tunjuk kesan dan akibat jika dia melakukan aktiviti lasak. Bukan menakutkan anak, cuma beri anak perspektif mengenainya.

Langkah 3

Latih anak teknik pernafasan dan bertenang. Juga cara untuknya kenalpasti tanda stres. Ajar anak untuk tarik nafas dalam-dalam dan fokus kepada bahagian tubuh yang tegang.

Sebaiknya anak diajar menyebut zikir bagi menenangkannya dan terangkan kepadanya akan nikmat zikir. Semasa langkah ini, peluk dan belai anak dengan kasih sayang.

Langkah 4

Guna sistem ‘time out’ untuk tangani sebarang kelakuan buruk. Letak anak di suatu sudut atau bilik buat seketika jika anak melanggar peraturan atau melampaui batas.

Jangan menghukum tanpa penjelasan. Penting anda jelaskan kepada anak kenapa perbuatan itu tidak boleh diterima supaya anak faham dan tidak ulangi lagi walaupun setelah tempoh ‘time out’ tamat.

Kadang-kala perlu mengulangi langkah ini kerana ada kemungkinan anak akan melakukannya lagi sehinggalah dia sedar perbuatan itu salah. Mohon banyak bersabar.

Langkah 5

Kenalpasti dan beri ganjaran kepada anak jika berkelakuan baik. Puji dan hargainya apabila dia mampu ikut dan faham arahan yang diberi. Terangkan kepadanya bagaimana perlakuan yang baik boleh menghasilkan keputusan yang baik juga.

Ini hanya langkah-langkah cadangan. Sekiranya anda ada langkah lain yang berkesan, anda boleh kongsikannya di ruang komen atau menghantar artikel di sini.