Setiap orang pasti mengimpikan lokasi percutian yang serba lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan dari segi harga dan keselesaan yang sangat disukai ramai.

Sebagai contoh lokasi percutian yang sentiasa menarik minat pelancong adalah Pulau Langkawi yang terletak di Kedah, Darul Aman. Pulau Langkawi terkenal dengan tarikan tersendirinya yang menjadi sebuah destinasi pelancongan dan percutian di dalam dan luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
WhatsApp Image 2018-10-03 at 2.44.06 PM (1)
Sumber dari airbnb

Sekiranya anda pergi bercuti mahupun melancong, tempat tinggal merupakan satu benda yang diperlukan untuk berteduh dan beristirehat sepanjang pelancongan tersebut. Disini terdapat sebuah lokasi yang sangat nyaman dan selesa untuk didiami sepanjang percutian anda di Langkawi.

Terletak di Jalan Makam Mahsuri, Alamanda Minang Villa merupakan vila tropika yang telah dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan moden yang terdiri daripada 2 bilik tidur dan bilik mandi yang besar dengan pemandangan ke sawah.

Bilik tidur pertama dilengkapi dengan satu katil queen manakala bilik tidur kedua dilengkapi dengan dua katil bujang. Anda boleh membawa keluarga anda menginap di vila ini dengan keadaan yang sangat selesa dan berbaloi.

WhatsApp Image 2018-10-03 at 2.48.39 PM

amanda minang villa

WhatsApp Image 2018-10-03 at 2.44.07 PM (1)
pemandangan yang tenang dan indah di sekitar kediaman Alamanda Villa Langkawi. Sumber: airbnb

WhatsApp Image 2018-10-03 at 2.44.07 PM

WhatsApp Image 2018-10-03 at 2.44.09 PM

WhatsApp Image 2018-10-03 at 2.44.08 PM
Sumber: airbnb
WhatsApp Image 2018-10-03 at 2.44.06 PM
Sumber: Airbnb

Vila ini juga dilengkapi dengan infinity pool serta kawasan lounge yang sangat kondusif. Kemudahan internet berkelajuan tinggi antara yang tersedia.

Buat anda yang ingin mendapatkan sebuah vila dengan kewasan sekitar yang mendamaikan, tenang serta bebas daripada asap kota, Alamanda Minang Villa antara yang boleh didiami di Pulau Langkawi ini dengan harga bermula daripada RM398 satu malam. Anda boleh klik di sini untuk menempah.