Pada petang semalam, tular satu video di TikTok sekumpulan pemuda ditahan oleh sepasukan polis sejurus kapal mereka naiki sampai di jeti pelabuhan Dermaga Tanjung Lembung, Pulau Langkawi.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata sebanyak 473 saman dikeluarkan oleh pihaknya ke atas penunggang motosikal ketika mereka tiba di jeti pelabuhan terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Operasi yang dilancarkan pada petang semalam hasil kerjasama antara jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebanyak 1,200 buah motosikal diperiksa oleh kedua-dua pihak berkuasa dalam operasi itu.

“Mereka tiba menerusi tiga perkhidmatan feri penumpang dan kenderaan dari Kuala Perlis di Jeti Tanjung Lembung di sini iaitu pada 5 petang, diikuti jam 9 dan 11 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 473 motosikal disaman PDRM membabitkan 606 pelbagai kesalahan trafik dengan majoriti tiada nombor pendaftaran dan cermin sisi,” kata Shariman Ashari, petik Astro Awani.

Tambah beliau lagi, JPJ turut mengeluarkan 104 notis atas pelbagai kesalahan dan menyita sebuah motosikal. Rata-rata penunggang yang datang ke Pulau Langkawi dilaporkan datang dari Lembah Klang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

“Sebuah motosikal bukan sahaja tiada nombor pendaftaran, malah digantikan dengan tulisan ‘Langkawi Attack #JB_MARI’,” katanya.

Selepas pemeriksaan dibuat, kesemua penunggang telah diberi peringatan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya sepanjang berada di pulau terbabit.

Klik pautan di bawah untuk lihat detik-detik ahli konvoi motosikal yang ditahan pihak berkuasa sejurus turun daripada kapal di jeti pelabuhan.

Didakwa Mahu Rai Tahun Baharu Di Langkawi, Geng Motosikal ‘Disambut’ Polis Terlebih Dahulu

Didakwa Langgar Lampu Merah Untuk Kejar Trip, Rider Ini ‘Terbang’ Dilanggar Honda CR-V

Sumber