Umum mengetahui, Pulau Langkawi akan mula dibuka kepada pelancong dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 16 September ini. Walau bagaimanapun, para pelancong haruslah memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, individu yang telah lengkap dua dos vaksin dan ingin melancong ke Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu serta boleh memilih sama ada ingin menggunakan jalan udara atau pun barat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi. Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.

Tambahnya lagi, SOP lain yang perlu dipatuhi para pelancong ialah percutian mestilah secara harian, bermalam dengan tempahan penginapan atau tiket masuk yang dibuat lebih awal serta percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.

Bukan itu sahaja, para pelancong turut perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP. Dalam pada itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.

Sementara itu, kami kongsikan aktiviti yang anda boleh lakukan di Langkawi. Klik sahaja pada pautan di bawah ini.

Tip Dan Itinerari Bercuti 5 Hari Di Langkawi Termasuk Aktiviti Skydiving

23 Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi. #10 Dan #13 Paling Terbaru!

Lelaki Ini Kongsi Keadaan Pantai Cenang Di Langkawi Yang Sunyi Tanpa Kehadiran Pelancong