Tiada siapa sangka lantai jubin dari zaman Rom purba boleh ditemui dalam keadaan yang sangat baik. Tiga hari lalu, lantai jubin cantik dihasilkan dari abad ke-3 telah ditemui di sebuah pekan di utara Itali.

Ahli arkeologi di Verona berkata penemuan lantai jubin tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan dan walaupun sudah tertanam di bawah tanah untuk sekian lama, lantai jubin berkenaan masih dalam keadaaan baik; malahan warnanya juga tidak pudar dimamah zaman.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Lebih menarik, jubin ini tertanam di bawah ladang anggur dan mereka perlu menggali beberapa meter ke dalam tanah sebelum lantai jubin ini ditemui. Berdasarkan laporan, jubin berkenaan kemungkinan besar adalah milik sebuah villa yang pernah dibina di kawasan tersebut.

Pada tahun 1922, kawasan yang sama pernah digali namun tiada hasil. Bagaimanapun, aktiviti tersebut disambung tahun ini dan kini membuahkan hasil.

A NEGRAR UN TESORO ARCHEOLOGICO SOTTO LE VIGNEDopo innumerevoli decenni di tentativi falliti, finalmente è stata…

Posted by Comune di Negrar di Valpolicella on Monday, 25 May 2020

Kerja-kerja penggalian masih diteruskan untuk melihat secara penuh corak lantai jubin ini disamping mencari asas bangunan villa berkenaan. Yang pasti, lokasi ini pasti sebuah pekan yang cantik satu ketika dahulu.

Abang kepada Paolo Escobar mahu saman Apple kerana mendakwa iPhone yang dimilikinya mudah menjadi mangsa godam dan menyebabkan nyawanya dalam bahaya. Baca lagi pada pautan di bawah.

Dakwa Hampir ‘Dibunuh’ Oleh iPhone, Abang Pablo Escobar Saman Apple RM11.33 Bilion

adidas Hasilkan Penutup Muka Boleh Basuh Yang Selesa Untuk Dipakai

Perlumbaan Maya Pemandu Formula E Dibatalkan Selepas ‘Kantoi’ Mengguna Khidmat Pemain E-Sukan

Anda Mungkin Suka