Sebelum ini, rekaan di laluan pejalan kaki di River of Life jadi persoalan apabila ada kanak-kanak yang terjatuh ke dalam sungai apabila tidak perasan ada lubang berdekatan pagar laluan pejalan kaki.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ruud_irwan telah berkongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan bahagian di jambatan itu yang dilihat akan berbahaya kepada pengunjung jika tiada tindakan diambil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat jambatan di River of Life mengalami keretakan dan kerosakan serta jubin juga pecah dan tertanggal. Hal ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen dan rata-rata mengatakan ia akan mengancam keselamatan pengunjung.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga turut mempersoalkan mengapa projek ini tidak diselenggara dengan baik dan pastinya akan berdepan kerugian kelak jika berterusan seperti ini.

https://twitter.com/red_angpow/status/1542309620865060864

Para netizen juga menggesa pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini dan menyelenggara tempat itu dengan baik. Sejak pembukaan River of Life pada tahun 2018, ia sudah jadi destinasi wajib pergi untuk pelancong yang berkunjung ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan River of Life pada pautan di bawah. 

‘Macam Mana Boleh Lulus’- Netizen Pertikai Rekaan Laluan Pejalan Kaki River Of Life Yang Tidak Masuk Akal

‘River Of Life Kuala Lumpur’ Tersenarai Sebagai Tempat Terbaik Di Dunia