Sebelum ini, sebuah isu berkaitan jenaka rogol oleh guru yang disuarakan oleh seorang pelajar perempuan menerusi platform TikTok tular di media sosial dan menjadi perhatian rakyat Malaysia. Mana tidaknya, isu tersebut dipandang serius kerana berkaitan keselamatan dan keselesaan para pelajar di sekolah.

Lantaran perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pihak termasuk pemimpin negara, maka gerakan #MakeSchoolASaferPlace telah dilancarkan dan mendapat sokongan ramai. Terbaharu, Ain Husniza Saiful Nizam telah berkongsi di Twitter miliknya telah menerima ancaman dibuang sekolah apabila menerima surat amaran pertama.

Menurutnya, surat amaran tersebut diterimanya selepas tidak hadir ke sekolah selama 3 hari. Tambahnya, dia menerima surat tersebut pada hari yang sama ayahnya bertemu pengetua yang menyokong tindakannya tetapi masih menerima surat amaran.

Oleh itu, Ain menzahirkan rasa kecewa apabila pihak sekolah bertindak sedemikian rupa hanya kerana kelantangan bersuara akan isu terbabit. Selain itu, dia turut mempersoalkan mengapa dia dihukum kerana meluahkan pendapat dan pemikirannya sedangkan para pelajar harus berasa selamat di sekolah.

Bukan itu sahaja, Ain turut mengkritik pendidik yang menyembunyikan cerita dan mendesak reformasi dalam sistem pendidikan untuk mengelakkan lebih ramai pelajar diancam dan dihukum kerana bercakap benar. Perkongsian Ain sekali lagi mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan dilakukan oleh pihak sekolah.

https://twitter.com/idkiilhon/status/1391442251662774277

Para netizen mempersoalkan tindakan pihak sekolah dan menyokong Ain yang lantang menyuarakan haknya. Kini, #StandWithAin sedang ‘trending’ di Twitter sebagai tanda sokongan netizen kepada Ain. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Rangkul Leher Dan Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan

Netizen Terkejut Toyota Alphard Jadi ‘Kereta Mayat’ Sahaja Di China