Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Heliza Helmi merupakan antara selebriti yang lantang bersuara mengenai isu yang berlaku di Palestin dan tidak pernah berhenti memuat naik perkongsian berkaitan isu itu di media sosial miliknya.

Terbaharu, Heliza telah menerima amaran daripada pihak Instagram dan beberapa perkongsiannya telah diturunkan pihak Instagram kerana dilabel sebagai keganasan dan berbahaya. Hal tersebut dimaklumkan sendiri Heliza di Instagram miliknya.

Walau bagaimanapun, beliau mengatakan mempunyai cara tersendiri bagi mengelakkan media sosialnya disekat iaitu dengan menggunakan bahasa ‘F’ atau perkataan yang samar-samar dan sukar untuk dikesan pihak Instagram.

Keganasan Israel terhadap Palestin telah mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, kerajaan Israel turut mengecam Bella Hadid apabila beliau sertai demo sebagai tanda menyokong Palestin.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang berkaitan isu Palestin dan Israel pada pautan di bawah ini.

‘Tidak Tahu Malu!’ – Kerajaan Israel Kecam Bella Hadid Kerana Sertai Demo Sokong Palestin

Yakin Tanah Milik Negara Israel, Peneroka Ini Sedia Rampas Rumah Milik Keluarga Rakyat Palestin

Chef CZN Burak Tidak Tersenyum Tanda Sokongan Kepada Palestin

Anda Mungkin Suka