Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Terima kasih AirAsia kerana terbang ke destinasi ke 2 di Laos, Luang Prabang. Kali pertama ke Laos? Negara Laos kurang sesuai untuk dilawati jika anda

1. Kaki shoping barangan berjenama
2. Suka travel pakai kasut tumit tinggi bagi perempuan
3. Membawa anak kecil
4. Cerewet, suka mengeluh
5. Tidak suka tempat berdebu

Tetapi negara Laos adalah syurga bagi:

1. Orang yang suka nature, hiking
2. Tak kisah berpanas, berhujan
3. Suka mengeluarkan peluh
4. Boleh tidur dalam bas
5. Suka melakukan aktiviti yang lasak
6. Suka akan cabaran

Apa yang negara Laos hidangkan untuk anda. Negara Laos kaya dengan flora dan fauna dan jauh dari hiruk pikuk kota. Berikut itinerari saya sepanjang di Laos:

Hari 1

  1. Tiba di Vientiane dari Udon Thani
  2. Membeli simcard Lao. Simcard amat penting dan rugi kalau tidak membeli.
  3. Dari stesyen bas berjalan kaki ke hostel ( area bandar Vientiane boleh berjalan kaki)
  4. Sehari di Vientiane. Antara tempat menarik adalah Patuxai, Lao National Museum, Pha That Luang, That Dam
  5. Check in di Dream Home Hostel
  6. Beli tiket ke Vang Vieng
  7. Makan di restaurant halal di Restaurant Nazim

Hari 2

  1. Menaiki minivan ke Viang Viang ( Perjalanan mengambil masa 3 jam 15 minit)
  2. Tiba di Vang Vieng
  3. Check in di Real Backpackers Hotel
  4. Mencari pakej untuk Blue Lagoon, tubing dan caving
  5. Bersiar siar di main road Vang Vieng
  6. Jangan lupa minum fruit shake.
  7. Makan malam di Restaurant Nazim

Hari ke 3

  1. Sewa motor selama 12 jam
  2. Tempat yang dilawati adalah seperti Blue Lagoon, Nang Oua Kham Cave, Look up point
  3. Makan di Restaurant Nizam
  4. Melawat sekitar bandar

Hari ke 4

  1. Bertolak ke Luang Prabang naik bas dalam 6 jam
  2. Check in hotel Rendezvous Boutique hotel
  3. Makan malam di Restaurant di Restaurant Nisha
  4. Sunset Mekong River
  5. Night market di area Old own

Hari ke 5

  1. Melihat sunrise dari atas Mount Pounsi
  2. Pergi market kawasan sekitar
  3. Pergi ke kawasan air terjun Kuan Si naik minivan kongsi
  4. Melawat National Museum , jambatan buluh dan juga wat
  5. Night market

Hari ke 6

  1. Bertolak ke Nong Khiaw (3 jam dari LP)
  2. Check in di Shentine
  3. Hiking di look up point (2 jam)
  4. Makan di restauran Nazim

Hari ke 7

  1. Pakej ke 100 waterfall trek.

Hari ke 8

  1. Balik ke Luang prabang terus ke airport dan pulang

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-1

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-2

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-3

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-4

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-5

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-6

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-7

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-8

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-9

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-10

Tip
1. Pastikan anda bertanya betul- betul harga yang ditawarkan seperti harga tuk-tuk, night market, sim card dll
2. Kebanyakkan tempat yang dilawat ada dikenakan bayaran masuk dalam 1000Kip ke 20000 kip
3. Survey harga betul betul, pastikan buat perbandingan kerana hrga banyak beza terutama untuk pakej lawatan di Viang Veng, LP , harga fruit shake, tambang bas
4. Mata wang yang digunakan adala Lao Kip ( KIP)
5. Buat tukaran ke THB atau USD. Duit MYR tidak diterima dikebanyakkan money changer
6. Restaurant halal ada beberapa di bandar yang saya pergi
7. Bawa peralatan dan juga pakaian untuk kegunaan aktiviti berair seperti kayaking, caving, tubing dan lain lain. Kalau tidak kena beli di VV yang mana harganya lebih mahal. Rugi tak cuba.
8. Bawa makanan secukupnya
9. Di kawasan sekitar LP, VV boleh sewa motor atau basikal.

Berikut sedikit gambar untuk tatapan anda.

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-11

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-12

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-13

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-14

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-15

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-16

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-17

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-18

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-19

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-20

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-21

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-22

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-23

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-24

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-25

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-26

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-27

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-28

tip-travel-ke-luang-prabang-vang-vieng-29

Baca lagi: Ini Cara Saya Travel 4 Hari Di Luang Prabang Dan Van Vieng Dengan RM300

Artikel di atas disumbangkan oleh Khairul Naeim Z. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka