Sejak virus COVID-19 tersebar satu dunia pada awal tahun 2020 lalu, industri penerbangan merupakan salah satu industri yang terjejas paling dahsyat sekali setelah hampir semua aktiviti penerbangan antarabangsa mahupun domestik disekat atau dikurangkan bagi mengelak penularan virus tersebut.

Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, memberikan gambaran bahawa trafik penumpang di lapangan terbang Malaysia dijangka akan kembali meningkat pada akhir tahun ini berdasarkan kelonggaran sekatan oleh pihak kerajaan ketika ini.

Dalam laporan Berita Harian, Datuk Mohd Shukrie menyatakan perkara tersebut boleh terjadi ekoran Malaysia bakal mencapai sasaran imuniti kelompok pada bulan Oktober ini berdasarkan kadar vaksinasi yang pantas dengan lebih 50% penduduk sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

“Kita boleh menjangkakan trafik penumpang domestik akan mendapat daya tarikan apabila 70% hingga 80% penduduk telah mendapat vaksinasi lengkap.

“Malah, ia juga akan disokong oleh peningkatan kegiatan ekonomi berdasarkan pembukaan semula lokasi pelancongan tempatan dan pelancongan Visiting Friends and Relatives (VFR),” terang Datuk Mohd Shukrie.

Tambah beliau lagi, salah satu ‘petanda baik’ trafik akan kembali sibuk semula apabila pihak kerajaan mengumumkan beberapa kemudahan kepada individu yang mendapat vaksin lengkap termasuk gelembung perjalanan ke Langkawi.

Pada tahun lalu AirAsia terpaksa menggantungkan operasi penerbangan mereka di beberapa buah negara. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

AirAsia Sedia Gantung Perkhidmatan Hampir Semua Penerbangan Sehingga 25 April Ini

Penularan COVID-19 Membimbangkan, Australia Tutup Sempadan 6 Bulan Mulai Semalam

 

Anda Mungkin Suka