Pelancong China seringkali berdepan dengan tanggapan yang kurang enak di mata dunia, ini mungkin disebabkan sikap tidak bertanggungjawab yang dipamerkan oleh segelintir daripada mereka.

Baru-baru ini, pelancong dari China sekali lagi menjadi perhatian apabila berita mereka yang dianggap sebagai ‘membanjiri lapangan terbang dengan sampah’ tersebar luas di internet.

MG_0230
HYPE
HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’
Baca lagi →

2

Kejadian teruk ini berlaku di lapangan terbang  Jeju, Korea. Ia dikatakan berpunca dari sisa plastik yang dibuang oleh pelancong China di kawasan pintu perlepasan antarabangsa di lapangan terbang tersebut.

Menurut sumber, sisa plastik tersebut dipercayai merupakan bekas bungkusan barangan yang dibeli dari kedai bebas cukai. Rata-rata pelancong China membuang bungkusan plastik bagi menjimatkan ruang bagasi mereka. Ini adalah satu sikap yang tidak bertanggunjawab dan penting diri.

Selepas kejadian ini, pihak Lapangan Terbang Korea Berhad mengambil langkah dengan menambah bilangan tukang cuci untuk mengatasi masalah ini. Dalam masa yang sama pelancong yang didapati membuang sampah merata-rata juga turut akan dikenakan denda, terutama pelancong dari China.

1

Membuang sampah merata-rata sememangnya satu kesalahan dan merupakan kelakuan yang tidak bermoral. Jadi, sama-sama lah kita menjaga kebersihan terutama apabila ia melibatkan kredibiliti sesebuah negara.

Anda Mungkin Suka