Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing yang telah dibuka dan mula beroperasi merupakan terminal terbesar di dunia. Projek pembinaan lapangan terbang ini memakan masa selama 5 tahun untuk siap.

Untuk pengetahuan anda, lapangan terbang ini dikatakan dapat menerima lebih 100 juta pengunjung dan bakal menjadi salah sebuah hab penerbangan paling sibuk dunia.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →
61569451888_freesize

Sumber: Google

Lapangan terbang tersebut berukuran 700,000km persegi atau boleh dikatakan seluas 98 padang bola sepak. Jika dilihat, rekaan yang diketengahkan adalah dalam bentuk tapak sulaiman dan merupakan hasil rekaan arkitek Zaha Hadid.

Malah, Zaha Hadid merupakan pereka terkenal menghasilkan bangunan ikonik seperti stadium bola sepak al-Warkah di Qatar, London Aquatics Center dan Heydar Aliyev Cultural Center di Baku, Azerbaijan.

Jika anda ada dalam perancangan untuk ke Beijing, mungkin anda boleh terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing. Sebelum ini, rekaan Lapangan Terbang Changi Airport menjadi perhatian kerana rekaan dalamannya yang unik.

Lihat Lapangan Terbang Jewel Changi Singapura Yang Baru Sahaja Dibuka

Apa Anda Boleh Lakukan Dalam Lima Jam Transit Lapangan Terbang Changi, Singapura

Anda Mungkin Suka