Pembukaan lapangan terbang terbesar di dunia itu dirasmikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan, difahamkan pembinaan lapangan terbang tersebut menelan kos sebanyak USD11.7 billion (±RM49 billion) sekaligus menjadikan ia sebagai lapangan terbang paling mahal di negara tersebut.

Menurut Presiden Recep Tayyip Erdogan, lapangan terbang tersebut akan dikenali sebagai ‘Lapangan Terbang Istanbul’. Pihak berkuasa juga menjangkakan pembukaan lapangan terbang ini akan terus memacu pembangunan ekonomi di negara tersebut.

Lapangan terbang ini dijangka dapat menampung sehingga 90 juta penumpang setahun. Lapangan terbang paling sibuk ini dijangka akan mula beroperasi pada bulan Januari tahun hadapan. Namun begitu pada dua bulan pertama pembukaan, lapangan terbang ini hanya mengendalikan penerbangan domestik.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →