Sejak Sales and Service Tax atau lebih dikenali dengan nama singkatan SST diperkenalkan, pelbagai aduan dapat kita lihat di sekitar media sosial melibatkan para peniaga yang tidak sepatutnya mengenakan cas SST telah mengimplemenkannya.

Melihat kepada masalah yang berlaku, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah mengeluarkan sebuah altenatif baru buat orang ramai untuk melaporkan aduan melibatkan SST dengan hanya menggunakan WhatsApp.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
SSM SaifuddinNasution
Sumber: TheStar

Melalui cadangan yang dibuat, para pengguna hanya perlu menghantar nama penuh pengguna, nama premis serta resit yang diterima. Tindakan bakal diambil dalam jangka masa 24 jam selepas 24 jam dibuat melalui WhatsApp.

Setakat ini pihak kementerian telahpun menerima 642 aduan pengguna melalui WhatsApp sejak SST diperkenalkan pada 1 September lalu. Buat anda yang mahu melakukan aduan, anda boleh hantarkan aduan anda kepada nombor 019-2794317.