Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad berkata laporan audit negara mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini diklasifikasikan sebagai dokumen terbuka. Laporan audit ini merujuk kepada laporan audit 1MDB yang diklasifikasikan sebagai ‘RAHSIA’ pada 22 Januari 2016 yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada bulan Mac tahun yang sama.

Perkongsian saudara ZF Zamir di laman Facebook miliknya menunjukkan keratan laporan yang menyatakan sejumlah hutang yang perlu dibayar oleh syarikat 1MDB sebanyak RM42.26 billion. Daripada jumlah tersebut 1MDB memerlukan dana sekurang-kurangnya RM1.52 billion setiap tahun bermula November 2015 sehingga bulan Mei 2024 nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasil laporan ini menyebabkan rata-rata pengguna gerun melihat sejumlah besar angka hanya dari satu syarikat tidak termasuk syarikat lain seperti Felda.

Ringkasan Eksekutif Laporan 1MDB kini boleh didapati di laman web Jabatan Audit Negara.