Cara-cara periksa CTOS dan CCRIS di hujung jari.

Langkah download laporan CTOS

1. Download aplikasi “CTOS” di Apps Store/Play Store.
2. Tekan butang “Sign Up” untuk pertama kali.
3. Isikan maklumat yang diminta.
4. Upload gambar kad pengenalan untuk pengesahan.
5. Selesai semua langkah, klik “Submit” untuk pihak CTOS hantarkan laporan anda (perlu tunggu 3 jam waktu bekerja).
6. Anda akan terima laporan kewangan melalui e-mel.
7. Anda juga boleh “Log in” aplikasi untuk melihat rekod kewangan anda (boleh tengok credit score meter sama ada Excellent atau Very Weak).

ctos

Jadi selepas ini kalau ada rancangan nak beli rumah, dinasihatkan periksa dahulu rekod kewangan.

Kalau parameter kewangan anda OK, baru teruskan pencarian hartanah. Kalau parameter kewangan anda bermasalah dinasihatkan struktur dahulu atau selesaikan dahulu mana yang buruk tu.

Tak adelah anda membuang masa sendiri dan masa ejen melayan karenah anda.

Ada apa dalam laporan CTOS?

Boleh tengok rekod pembayaran sendiri di bank ada tunggakan atau tidak.
Boleh tengok jumlah hutang dan baki hutang di bank.
Boleh tengok hutang-hutang yang telah dikumpul.
Boleh tahu jika nama anda dalam pemerhatian khas atau blacklist.

Jadi selepas ini, bila ada yang minta lapora CTOS/CCRIS ini, jangan buat-buat tak tahu pula menatang apa benda ni.

SHARE dan TAG kawan-kawan supaya mereka boleh tahu lebih awal rekod kewangan mereka.

BACA: Bagaimana Dapatkan Laporan CCRIS Dengan Mudah Dari Rumah