Tarikh 8 March sememangnya menjadi memori yang pahit buat seluruh rakyat Malaysia. Kehilangan 239 nyawa yang terbang bersama MH370 antara yang membuatkan peristiwa ini sentiasa diingati ramai.

Berdasarkan laporan terbaru daripada Malaysian International Civil Aviation Organisation (ICAO), pihak mereka bakal mengeluarkan laporan siasatan terbaru pada hari ini sempena empat tahun kehilangan pesawat MH370.

Malaysia-Airlines-Flight-MH370-taking-off-in-1996

Difahamkan laporan ini bakal disiarkan di RTM1 pada jam 3.30 ini. Selain itu, buat anda yang tidak sempat atau mahu mendapatkan laporan dalam bentuk teks, anda boleh turut layari laman rasmi MH370 untuk membaca laporan teks penuh yang mula dilancarkan sekitar jam 3 petang.

Setakat ini tentera laut Malaysia dengan kerjasama pihak bertanggungjawab daripada luar negara telah membuat siasatan kepada lebih 16,000 kilometer persegi namun masih belum mendapat keputusan yang memuaskan.

Sumber: NST

Sama-sama kita doakan agar usaha pencarian MH370 dipermudahkan serta laporan yang dibentangkan sedikit sebanyak berjaya memberi kelegaan buat seluruh Rakyat Malaysia.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group