Tarikh 8 March sememangnya menjadi memori yang pahit buat seluruh rakyat Malaysia. Kehilangan 239 nyawa yang terbang bersama MH370 antara yang membuatkan peristiwa ini sentiasa diingati ramai.

Berdasarkan hasil siasatan terbaru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada hari ini mengumumkan sebuah perbentangan khas buat MH370 bakal dibuat oleh ketua penyiasat Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Sumber: NST

Selain itu, pihak Menteri Pengangkutan juga dalam usaha untuk menghubungi kesemua keluarga dan waris mangsa untuk hadir ke pembentangan itu di Kementerian Pengangkutan.

Sama-sama kita doakan agar usaha pencarian MH370 dipermudahkan serta laporan yang dibentangkan sedikit sebanyak berjaya memberi kelegaan buat seluruh Rakyat Malaysia.

Anda Mungkin Suka