Bermula 1 Januari tahun hadapan Bank Negara Malaysia akan mengurangkan Cash Threshold Report (CTR) atau Laporan Transaksi Tunai Harian daripada RM50,000 kepada RM25,000 sahaja. Pengurangan CTR ini dipercayai ialah untuk menyama ratakan kadar CTR Malaysia dan negara-negara lain selain salah satu usaha negara untuk mengurangkan jenayah kewangan.

Menurut Bank Negara Malaysia, CTR ialah transaksi tunai melebihi RM50,000 yang melibatkan mata wang domestik atau asing dalam bentuk fizikal atau dalam bentuk transaksi boleh runding seperti cek pengembara. Transaksi ini termasuk pengeluaran tunai atau tukaran instrumen boleh runding pembawa bagi tunai. Cek pindahan elektronik atau pembiayaan semula dan pembaharuan deposit tetap tidak termasuk dalam kategori CTR.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus langkah ini merupakan keputusan yang terbaik memandangkan CTR negara berada pada nilai yang terlalu tinggi. Berdasarkan jangkaan awal pihaknya pengurangan CTR ini tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap ekonomi negara.