Seringkali apabila berlaku sesebuah kemalangan, para pemandu atau mangsa kemalangan perlu menyelesaikan beberapa perkara dalam masa yang singkat. Bermula daripada penyelesaian di tempat kejadian sehinggalah kepada membuat laporan di balai polis berdekatan.

Melalui sistem terbaru yang dimplemen oleh PDRM Malaysia bahagian trafik, anda kini tidak lagi perlu ke balai polis untuk membuat laporan. Pihak polis akan tiba di tempat kejadian bagi mengeluarkan repot dan saman di tempat kejadian bagi memudahkan mangsa kemalangan.

Difahamkan masalah ini dapat diselesaikan hanya bagi kemalangan kecil setakat ini. Mengulas mengenai situasi selepas berlaku kemalangan, Pihak PDRM telah mengatakan kenderaan boleh diubah ke bahagian tepi jalan hanya jika mengganggu kesesakan jalan raya.

Semoga dengan implementasi sistem terbaru ini bakal memudahkan orang ramai sejurus selepas berlaku kemalangan. Anda boleh ikuti penjelasan lanjut melalui ruangan komen yang dikongsikan oleh Instagram PDRM Malaysia.

Sumber