Isu kesesakan lalu lintas di serata tempat telah menjadi masalah utama rakyat Malaysia ketika ini, sehingga pengguna jalan raya mati akal bagaimana mahu mengelak daripada terperangkap di atas jalan raya.

Sementara menunggu jalan penyelesaian yang efektif, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat keputusan untuk melarang kenderaan berat melebihi 7.5 tan memasuki pusat bandar pada dua waktu puncak, berkuat kuasa serta-merta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Timbalan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata langkah itu diputuskan jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian berkaitan kaedah dan tindakan penyuraian kesesakan lalu lintas di ibu negara hari ini.

Beliau berkata mana-mana kenderaan berat yang dikesan masuk ke ibu kota pada waktu puncak akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber Gambar: Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan

“Kami mendapati kemasukan kenderaan berat tanpa mengira waktu menjadi antara punca yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di ibu negara.

“Oleh itu, sekiranya mereka melanggar peraturan ini, mereka akan dikenakan tindakan kompaun secara mandatori dan kami berpendirian tegas untuk tidak akan melayan sebarang rayuan yang dikemukakan kelak,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa khas itu di sini.

Sumber Gambar: Facebook Jalaluddin Alias

Menurut laporan, DBKL juga akan meletakkan paparan maklumat boleh ubah (VMS) larangan kenderaan berat di lokasi berhampiran sempadan penyediaan kawasan parkir sebelum masuk ke ibu negara.

Pada masa sama, jawatankuasa khas itu turut memutuskan untuk melarang kenderaan parkir di bahu jalan semasa waktu puncak dan membatalkan petak parkir secara berperingkat di jalan utama.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum penguatkuasaan yang terbaharu ini, JPJ telah mengumumkan waktu terhad untuk kenderaan berat masuk ke Kuala Lumpur.

Isu Kesesakan Lalu Lintas, JPJ Umum Waktu Terhad Kenderaan Berat Masuk KL Ketika ‘Peak Hour’

https://web.facebook.com/KemWP/posts/pfbid0n49VMxZQM79eZ5k3MEtruMhEPo6MwaXq3vLvo5FtLz2ojT7w9AcB5QNxE4dYoyA3l

 

Sumber