Samsung Electronics Co. pada minggu lepas telah mengambil keputusan yang mungkin salah satu terbesar dalam syarikat mereka dengan menamatkan penjualan dan pengeluaran Samsung Galaxy Note 7. Antara telefon terbaik Android pada masa ini namun terpalit denga isu mudah meletup.

Berikutan isu tersebut, hampir kesemua syarikat pesawat dunia telah menghalang Note 7 daripada dinaiki kapal terbang meskipun dimatikan. Terbaru, syarikat pesawat US telah mengumumkan akan mengenakan denda sebanyak $180,000 USD (~RM759,900) buat penumpang yang membawa Note 7 menaiki kapal terbang. Ya, itulah jumlah yang perlu dibayar penumpang jika tersabit kesalahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Samsung Electronics Co. juga terpaksa menanggung rugi lebih $5 billion berikutan ‘Tragedi Oktober’ yang menimpa syarikat mereka selepas Note 7 keluaran terbaru turut terlibat dengan masalah yang sama.Buat para pengguna Note 7 di Malaysia, kami pasti anda telah memulangkan Note 7 kepada pihak Samsung.

Walaubagaimanapun, syabas kami ucapkan buat Pihak Samsung yang dengan rendah diri berani memohon maaf secara terbuka berikutan masalah yang berlaku pada Samsung Galaxy Note 7. Cabaran terbesar menanti Samsung selepas ini untuk membeli kembali kepercayaan orang ramai terhadap jenama mereka.

14732219_10155818925954572_3048433044008960757_n