Bagi mereka yang gemar berlari diluar sana, ini merupakan acara yang sesuai untuk anda. Ianya bukan hanya sesuai untuk mereka yang selalu berlari, tapi buat anda semua tidak kira tua dan muda, semua boleh menyertai Larian Harapan anjuran Malaysiakini yang akan diadakan pada 16 September bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

Menariknya Larian Harapan ini, ia diadakan pada jam 12 tengah malam bertemakan Mid-Nite Led Run. Yuran penyertaan hanyalah RM80 sahaja dan anda akan mendapat t-shirt khas, glow sticks dan beberapa barangan aksesori LED untuk digunakan pada larian itu nanti. Bagi anda yang berminat untuk menyertai larian ini boleh mendaftar di pautan larian Pesta Harapan Malaysia. Jangan lupa guna kod promo vocket untuk dapatkan potongan harga.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Ogos 2018, jika anda berminat apa tunggu lagi, daftarlah segera. Barangan larian boleh diambil pada 13 dan 14 September 2018 di pejabat Malaysiakini bermula pukul 11 pagi hingga 8 malam.

harapan run

Jangan lupa temujanji kita, jumpa anda disana dan jika anda ingin maklumat lanjut anda boleh dapatkan di website ini. Tekan sini.