Kayla Montgomery nekad untuk terus berlari selagi dia mampu berlari walaupun dia tahu dirinya akan lemah longlai dan jatuh di garisan penamat perlumbaan.

Dia berlari bukan untuk dapatkan biasiswa atau mengejar anugerah dan tropi. Dia tidak pernah berlari untuk menang tetapi larian ini merupakan dedikasi kepada kehidupan peribadi dia sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

kayla-montgomery

Sesungguhnya sayu hati ini apabila mendengar dia meminta tolong dan bertanya di mana kakinya sebelum hampir rebah apabila sampai di garis akhir larian. Mujur ada jurulatihnya yang setia menyambut Kayla dan mendukungnya ke pusat rawatan. Dia tidak rasa kakinya kerana ia telah kebas.

211003_full
kayla-montgomery852-jpg

Punca Kayla Montgomery Rebah Setiap Kali Perlumbaan

Kayla Montgomery disahkan ada Multiple Sclerosis (MS) pada usia 14 tahun. Sebelum didiagnos MS, dia jatuh dan tidak sedarkan diri. Dia juga rasa tingling sensation di jari kakinya. Selepas itu, selama 8 bulan dia hilang upaya dan mengurung dirinya dan mahu bersendirian. Dia jadi pemarah dan risau dengan masa depannya.

Bayangkan keadaan Kayla pada ketika itu. Siapa yang tidak tertekan apabila pernah bergerak aktif dan bersukan, tetiba semua terhenti apabila MS menerjah diri. MS ini akan mempengaruhi kualiti fungsi central nervous system kita dan itu menyebabkan kita boleh hilang upaya atau terganggu fungsi pergerakan anggota badan terutama kaki dan mata juga boleh jadi rabun dan akhirnya buta.

Dengan ubat-ubatan dan terapi, Kayla boleh mula berjalan tetapi rasa kebas di kaki masih ada. Apabila dia sudah ada kekuatan semula, dia nekad untuk terus berlari selagi dia berupaya untuk berlari. Dia nekad tidak mahu MS membelengungi hidupnya. Malah, dia tidak mahu orang tahu dia ada MS.

Apa Perasaan Kayla Montgomery Tentang Larian?

kaylamontgomery500_0

 

“I feel like when I run I’m the most happy and my mom has always told me when you feel good you do much better,” Montgomery said. “I feel like if I’m running and I’m happy I’m also helping my MS get a little better.”

 

Kata-kata itu dipetik dari Runners World. Hasilnya, Kayla Montgomery dikenali sebagai antara pelari jarak jauh terpantas di Amerika Syarikat.

Ini kisah perjuangan hidup Kayla Montgomery dan Multiple Sclerosis

https://www.youtube.com/watch?v=PdLEmE138xA

Multiple Sclerosis Di Malaysia

Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang Multiple Sclerosis atau ada keluarga/kawan yang didiagnos MS, anda boleh sertai Malaysia MS Society di Facebook Group ini.

 

The Multiple Sclerosis Society Malaysia is a support group for people living with MS in Malaysia and their caregivers.

 

LIKE Facebook The Vocket