Ianya telah rasmi bahawa franchise James Bond akan mempunyai pelakon baharu selepas Bond 25. Pelakon British, Lashana Lynch akan menjadi pengganti Daniel Craig selepas selesainya filem Bond 25.

Pengesahan ini telah menamatkan segala spekulasi siapa yang akan menggantikan Daniel Craig selepas Bond 25. Peminat setia James Bond nyata kecewa apabila pelakon yang lebih layak seperti Idris Elba dan Tom Hardy tidak terpilih.

Ini menjadikan Lynch sebagai James Bond wanita pertama untuk franchise ini. Beliau pasti akan diberikan nama baharu tetapi dengan kod ikonik yang sama, 007.

Anda mungkin tertanya-tanya siapa Lashana Lynch ini? Sebenarnya anda sudah pernah pun lihat beliau beraksi sebelum ini dalam filem Captain Marvel. Beliau adalah rakan baik Brie Larson dalam filem tersebut.

Bond 25 akan ditayangkan di pawagam pada 8 April 2020. Ianya sudah menjadi trend untuk makeover sesuatu watak ikonik secara drastik dan James Bond pula menjadi ‘mangsa’ seterusnya. Adakah anda setuju dengan pemilihan ini?