Mulai dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jun tahun lalu, nampaknya jodoh Latheefa Koya dalam memegang jawatan ini tidak berpanjangan selepas beliau mengumumkan untuk meletakkan jawatan lebih awal daripada tempoh yang diberikan.

Berdasarkan sumber daripada MalayMail, Latheefa Koya mulai menyerahkan surat peletakan jawatan beliau kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Mac 2020.

BeFunky-collage-koya

Sejak mulai dilantik, Latheefa Koya dilihat tampil membuka semula beberapa kes lama membabitkan orang kenamaan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa individu lain yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta skandal SRC International.

Mengulas mengenai peletakan jawatan, Latheefa Koya mengatakan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kehendak beliau sendiri serta menepis dakwaan terdapat tekanan daripada pihak luar. Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM kini bakal disandang oleh Datuk Seri Azam Baki yang sebelum ini bertugas seperti Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

M8LEAK
Sumber: The Star

Pada minggu lalu, peguam negara iaitu Tommy Thomas turut meletakkan jawatan sekaligus memberi bayangan individu lain bakal dipilih bagi memegang jawatan peguam negara.

Kami kongsikan kepada anda beberapa pendedahan kes di bawah Latheefa Koya sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

SPRM Dedah Wujud Unsur Rasuah Dalam Urusan Pengambilan Pekerja Asing

SPRM Dakwa Bekas CEO SSM Dan Anak Bagi Kes Rasuah RM5.7 Juta

Rosmah Mansor Ditahan SPRM Dan Bakal Didakwa Esok

Sumber