Jika selalunya peminat dekorasi gemar merujuk majalah dan internet untuk mendapatkan idea dekorasi rumah, lain pula yang dilakukan oleh Puan Eja Mn dan suami beliau.

Menurut Puan Eja, selalunya beliau dan suami lebih gemar melakar idea dekorasi rumah di atas kertas dan tetapkan bersama apakah yang ingin di letakkan di ruang rumah mereka.

Dari sini mereka dapat menjimatkan kos kerana barang yang dibeli adalah untuk kegunaan di ketika itu.

Hiasan dan dekorasi juga dilakukan bersama oleh Puan Eja dan suami. Anak-anak turut diberi peluang menentukan tema bagi setiap bilik mereka.

Kerjasama di kalangan ahli keluarga juga amat penting bagi memastikan keadaan rumah sentiasa kemas dan teratur. Beliau juga sudah membiasakan anak-anak dengan barangan dekorasi sejak dari mereka kecil lagi.

Mereka tak akan jakun atau heran untuk usik barang tu. Sebab tu barang-barang kaca letak je sebagai hiasan dan dari kecil bagi amaran kat anak kalau dia cuba rosakkan barang.

Memang anak nak explore sesuatu benda baru tapi kalau dia dah tahu apa yang boleh disentuh dan apa yang tak boleh disentuh, lama-lama sebagai ibu bapa pun tak risau.

Anak-anak saya tahu di mana tempat nak makan, di tempat mana nak belajar, dan tempat atau bilik mana untuk bermain.

Puan Eja juga telah melatih anaknya bersama-sama melakukan kerja rumah sejak dari usia mereka 2 tahun. Anak sulong beliau kini mencuci 5 tandas dan bilik di rumah mereka pada setiap hujung minggu.

Anak kedua yang berusia 6 tahun pula ditugas setiap minggu untuk vakum satu rumah. Manakala anak bongsu yang kini berusia 3 tahun ditugaskan menyangkut baju di ‘hanger‘ mengikut kategori dan warna – hanger baju kakak pink dan hijau, baju abang guna hanger biru dan baju dirinya sendri warna oren.

Berkenaan lokasi membeli barangan dekorasi pula, menurut Puan Eja 80% daripada barangan perhiasan dibeli di Ikea. Bagi perabut pula dibeli di Lorenzo, langsir di Curtain Palace Mutiara Damansara dan wall paper di Lamex Mid Valley.

Untuk pengetahuan, rumah teres 2 tingkat corner lot yang terletak di TTDI Grove, Kajang ini juga sering dijadikan lokasi shooting drama dan iklan dan berikut tips daripada Puan Eja berkenaan ini.

Untuk menjadikan rumah sebagai lokasi shooting drama terutamanya iklan, pemilihan warna tak boleh banyak.

Sebaiknya pilih warna yang selamat seperti warna putih, hitam dan krim sahaja. Jika mahu masukkan warna yang kontra pula cukup setakat 1 ke 2 warna sahaja.

Jom layan dekorasi rumah Puan Eja.

idea-dekorasi-rumah-7

idea-dekorasi-rumah-8

idea-dekorasi-rumah-9

idea-dekorasi-rumah-10

idea-dekorasi-rumah-2

idea-dekorasi-rumah-5

idea-dekorasi-rumah-11

idea-dekorasi-rumah-12

idea-dekorasi-rumah-13

idea-dekorasi-rumah-14

idea-dekorasi-rumah-3

idea-dekorasi-rumah-4

idea-dekorasi-rumah-15

idea-dekorasi-rumah-16

idea-dekorasi-rumah-17

idea-dekorasi-rumah-18

idea-dekorasi-rumah-19

idea-dekorasi-rumah-1

idea-dekorasi-rumah-20

idea-dekorasi-rumah-21

idea-dekorasi-rumah-22

idea-dekorasi-rumah-23

idea-dekorasi-rumah-24

idea-dekorasi-rumah-25

idea-dekorasi-rumah-26

idea-dekorasi-rumah-27

idea-dekorasi-rumah-28

idea-dekorasi-rumah-29

idea-dekorasi-rumah-30

idea-dekorasi-rumah-31

idea-dekorasi-rumah-32

idea-dekorasi-rumah-33

idea-dekorasi-rumah-34

idea-dekorasi-rumah-35

idea-dekorasi-rumah-36

idea-dekorasi-rumah-37

idea-dekorasi-rumah-38

idea-dekorasi-rumah-39

idea-dekorasi-rumah-40

idea-dekorasi-rumah-41

idea-dekorasi-rumah-42

idea-dekorasi-rumah-6

idea-dekorasi-rumah-43

idea-dekorasi-rumah-44

idea-dekorasi-rumah-45

idea-dekorasi-rumah-46

idea-dekorasi-rumah-47

idea-dekorasi-rumah-48

idea-dekorasi-rumah-49

idea-dekorasi-rumah-50

idea-dekorasi-rumah-51

idea-dekorasi-rumah-52

Puan Eja juga turut menawarkan servis personal shopper untuk barangan Ikea buat mereka yang tinggal jauh dan sukar untuk mendapatkan barangan idamana mereka.

Jika anda juga peminat dekorasi dan ingin kongsikan hasil sentuhan kreatif anda, emailkan kepada kami di team editorial Vocket atau hubungi kami di Facebook Page TheVocket.

Baca lagi: Tip Tentang Hiasan Dalaman Rumah Teres Yang Telah Dikongsi Lebih 32000 Kali Di Facebook