Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Mag Malaya. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Sem0ga ia turut membawa kebaikan kepada anda.

Aku baru sedar satu perkara.

Minggu lepas aku pergi gym, fokus nak main tangan ( biceps & triceps ). Tengah sedap aku layan lagu sambil angkat-angkat dumbell, ade sorang trainer nih diri depan aku sambil perhatikan ape yang aku buat.

Salah, dia cakap aku buat salah. Dia cakap kadar kelajuan aku angkat dumbell tuh terlalu cepat. Dan aku pon mula pelik, sebab aku tengok tangan aku ngan tangan dia takdelah banyak beza, jadah ape kau nak nasihat aku.

Dia suruh aku kurangkan berat, dan buat slow-slow. Aku pon malas nak bagi dia rasa embarass, aku pon ikutlah cakap dia.

Satu nafas naik, satu nafas turun. Tak sampai ulangan ke-6, macam nak pecah otot tangan aku, dumbell takde lah berat mana. Memang aku buat se-perlahan mungkin. Tiap gerakkan aku perlahankan ke tahap maksima, dan aku boleh rasa ape yang diorang panggil “muscle damage“.

solat

Samalah macam sembahyang. Sebagai seorang peniaga & usahawan, aku sibuk dengan dunia “carik duit” aku sampai sembahyang tuh macam burung belatuk. Cepat, pendek, asal buat.

Takbir, rukuk, sujud, ulang-ulang aku buat, tiap hari lima hari sekali, macam takde fungsi. So, aku cuba perlahankan solat aku untuk rasa feel dia cemana. Dan aku stay lama sikit waktu sujud. Alar, macam pengemis depan tuan dia.

Cilake, aku dapat rasa feel dia lain. Kau macam betul-betul dekat dengan Tuhan. Bila kau sujud agak lama, kau dapat rasa ego, sombong, riak kau pecah satu-persatu. Kau akan rasa macam kau nih kecik walaupon sebulan kau boleh generate 5 angka. Baru aku faham kenapa baginda cakap doa waktu sujud paling mujarab. Tak tahu lah kalau korang buat korang dapat rase ke tak, tapi aku dapat.

Panjang lagi sebenarnye aku nak tulis nih, tapi malaslah. Baek tidor. Salam.

BACA: Peringatan Menginsafkan ‘Bila Kita Mati Tiada Lagi Yang Menziarahi

BACA juga: 10 Masjid Bersejarah Di Iktiraf Sebagai Warisan UNESCO Yang Jarang Kita Lihat

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka