Laughing Gas yang mampu memberi kesan ketawa tidak berhenti kepada yang menggunakannya bakal diharamkan oleh Kerajaan United Kingdom. Polisi ini bakal dikuatkuasakan bertujuan menangani tingkah laku sosial yang dikaitkan dengan bahan yang telah menjadi dadah kedua paling banyak digunakan oleh remaja.

Larangan baharu yang dicadangkan ini akan menyaksikan mereka yang menjual atau memiliki nitrous oksida, lebih dikenali sebagai Laughing Gas, berpotensi untuk didakwa dan dihukum. Bagaimanapun, terdapat orang yang akan dikecualikan daripada peraturan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain boleh menjejaskan ingatan pengguna, gas ketawa menyebabkan paranoia, herotan bunyi dan kerosakan saraf. Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS), terdapat lebih 60 kematian berkaitan gas ini dalam tempoh lima tahun lepas sahaja dengan dadah itu menjadi bahan kedua paling biasa digunakan pada 2021.

Walaupun begitu dan fakta bahawa penggunaan rekreasi telah diharamkan sejak 2016, ONS telah melaporkan bahawa lebih 8% daripada golongan berusia 16–24 tahun menggunakan gas ini pada tahun 2020 sahaja.

Larangan terbaharu untuk mengharamkan gas ini telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Rishi Sunak, yang berikrar untuk membanteras apa pun jenis dadah.

Pengharaman dadah juga telah disokong oleh Pejabat Dalam Negeri, dengan Michael Gove menyatakan pada hari Selasa bahawa kerajaan UK akan berusaha untuk menangani semua bentuk tingkah laku sosial dengan langkah baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi.